Friday, June 26, 2009

Minum Air Putih Ketika Perut Kosong

  1. Minum 4 gelas air sebelum menggosok gigi.

  2. Bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum selama 45 minit.

  3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum.

  4. 15 minit selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan atau minum dalam tempoh 2 jam.

Khasiat Buah Pear


  1. Buah pear sangat kaya dengan sumber vitamin terutamanya vitamin C dan vitamin E

  2. Sebiji buah pear mengandungi 1/5 daripada keperluan serat harian anda.

  3. buah pear tidak mengandungi kolestrol dan sodium. Sebiji buah pear sehari dapat membantu menurunkan paras kolestrol.

Daun Pandan Untuk Kesihatan Rambut



Menghitamkan Rambut



  • Sediakan daun pandan sebanyak 7 helai, bersihkan dan potong kecil-kecil
  • Rebus potongan daun tadi dengan seliter air sehingga ia menjadi hijau.
  • Embunkan air rebusan tadi semalaman.
  • Keesokanya, campurkan air rebusan tadi dengan 3 biji buah mengkudu masak.
  • Gunakan air camuran tadi untuk mencuci rambut.
  • Lakukan 3 kali seminggu untuk hasil terbaik.




Menghilangkan Kelemumur

  • Sediakan daun pandan sebanyak 7 helai, bersihkan dan giling sehingga halus.
  • Tambahkan 1/2 cawan air bersih ke atas daun pandan yang telah digiling.
  • Perah daun pandan yang telah bercampur dengan air dan tapis.

  • Sapukan air perahan daun pandan ini ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur.
  • Biarkan kering dan ulangi sekali jika perlu.

  • Kira-kira 30 minit sehingga sejam kemudian, bilas rambut dengan air bersih.
  • Lakukan setiap hari sehingga kulit kepala bebas dari kelemumur.

Thursday, June 25, 2009

Khasiat Untuk Rambut

Air

Kandungan air di dalam rambut adalah 1/4 daripada berat setiap helaian rambut. Untuk memastikan kelembapan rambut terjaga, pastikan anda minum banyak air setiap hari (7-8 gelas sehari). perlu diingatkan, minumlah sedikit namun secara berterusan. Jangan tunggu sampai berasa haus. Apabila anda telah haus, ini bermakna tubuh sudah mula kehilangan cecair daripada jumlah ideal yang diperlukan. Air bukan sahaja berfungsi untuk mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi, namun ia juga membuatkan rambut lembut dan berkilau.

Protein
Protein dapat membuatkan setiap helaian rambut menjadi kuat. Oleh itu, makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging, susu keju atau telur amat disarankan. Ambil protein yang cukup juga akan mencegah hujung rambut daripada bercabang.

Mineral
Zat besi akan membantu mengangkut oksigen ke rambut. Kekurangan akan mengakibatkan rambut dan folikelnya kekurangan oksigen. Ini bermakna, akar rambut tidak dapat menyalurkan nutrisinya ke helaian rambut. Tingkatkan pengambilan zat besi dengan mengambil daging merah dan sayuran berwarna hijau tua. Zink pula mampu merangsang protein rambut yang berfungsi mencegah terjadinya kerosakan rambut. Daging dan makanan laut merupakan sumber zink yang paling baik.
Vitamin
Vitamin A bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala kerana pada asasnya vitamin ini amat baik untuk kesihatan kulit. Dapatkan vitamin A dari sayuran seperti lobak merah. Vitamin B dan C penting untuk melancarkan sistem peredaran darah, pertumbuhan rambut dan warna rambut. Kadar vitamin B yang cukup dalam tubuh akan terlihat daripada lembabnya rambut dan hujung rambut yang tidak pecah-pecah. Dapatkan kedua-dua vitamin dari buah-buahan, sayuran, bijiran, telur, susu dan roti.Vitamin A bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala kerana pada asasnya vitamin ini amat baik untuk kesihatan kulit.

I LuV My HaIr..

walaupun susah nak jaga kalau ada rambut yang panjang dan ikal macam ni terutamanya selepas bangun tidur namun kita haruslah menghargainya dan menjaganya baik-baik. sebab itulah i luv my hair.. huhuhu..

i like this type of hair cause this is how my hair looks like... (4 now)

Campuran Jus Yang Berkhasiat Tinggi


Epal + Timun + Saleri
Mengelakkan barah. Mengurangkan kolestrol, melegakan senak perut dan sakit kepala.

Tomato + Lobak merah + Epal
Melembutkan kulit dan menghasilkan nafas yang segar.

Peria + Epal + Susu
Mengelakkan bau badan dan nafas berbau.

Oren + Halia + Timun
Memulihkan tekstur kulit, memberikan kelembapan pada kulit dan mengurangkan kehangatan tubuh badan.

Nanas + Epal + Tembikai
Mengurangkan lebihan garam dalam badan, berkhasiat terhadap pundi kencing dan buah pinggang.

Epal + Timun + Kiwi
Memperhaluskan kulit tubuh badan.

Pir + Pisang
Pengaturan kandungan gula dalam darah dikawal.

Lobak merah + Epal + Pir + Mangga
Melegakan hangat badan. Mengurangkan toksin, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengelakkan pengoksidanan dalam darah.

Tembikai susu + anggur + Tembikai + Susu
Kandungan vitamin C dan B2 yang kaya yang terdapat di dalam jus ini mampu meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Betik + Nanas + Susu
Kandungan yang kaya dengan vitamin C, E dan besi ini boleh meningkatkan metabolisme dan mencantikkan kulit.

Pisang + Nanas + Susu
mengelakkan sembelit.

Hindari Lesu Selepas Bangun Tidur



  1. Bersihkan tubuh terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.

  2. Hindari tidur lewat malam.

  3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah terjaga dari tidur dan sebelum beredar dari tempat tidur. Menggeliat juga merupakan langkah terbaik bagi menjana pengaliran darah di permulaan hari.

  4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan. Jangan mulakan sarapan dengan makanan berat kerana perut anda juga baru memulakan proses setelah rehat semalaman.

  5. Cubalah cuci muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam bagi membantu menghilangkan kesan 'eye bag'

BETIK


Buah betik kaya dengan vitamin C dan merupakan sumber antioksida yang baik. Kandungan serat di dalamnya juga halus sesuai untuk dimakan oleh kita semua.


Dalam perubatan tradisional cina, betik dipercayai dapat membantu mengatasi masalah penghadaman dan pada masa yang sama dapat menghilangkan cacing usus. Yayasan Kanser Antarabangsa pada tahun 1997 melaporkan maklumat berkenaan manfaat vitamin C dan karotena yang banyak terdapat dalam betik untuk membantu mencegah kanser. Cara ini juga kemungkinan dapat melawan kanser prostat, pankreas, infeksi saluran kencing, payu dara, serta mengurangi radikal bebas yang merupakan pencetus kanser.


Rokok merupakan ikatan oksida yang dapat dilawan dengan antioksia. Jadi untuk semua perokok di luar sana sebaiknya tingkatkanlah pengambilan vitamin C untuk menyamai kadar vitamin C bagi yang bukan perokok.