sedikit info pasal air untuk anda semua..
terlalu kurang atau banyak berbahaya
Hampir 72% berat badan bebas dalam tubuh manusia terdiri daripada air untuk berfungsi dengan sempurna. Badan manusia memerlukan di antara 1 atau 7 liter air sehari untuk mengelakkan masalah dehidrasi.
Jumlah air yang tepat sebenarnya bergantung kepada tahap aktiviti, suhu, kelembapan dan faktor-faktor lain. Kebiasaannya badan akan memberi isyarat yang ia memerlukan air melalui rasa dahaga yang timbul. Walaupun begitu, ramai yang membuat kesilapan ketika bersenam dengan meminum terlalu banyak air, dan ini meninggikan risiko mereka mengalami intoksikasi air yang boleh membawa maut.
cakap pasal air ni teringat pula pada satu artikal yang pernah aku baca dulu..
artikal ini menceritakan satu kajian yang pernah dilakukan oleh Dr.Masaru Emoto,seorang penkaji yang mengkaji air (message from water). Artikal ini bagi aku cukup menarik..
NAH.......
aku cerita la sikit..
setakat yang aku tau jela yeah..
dr. masaru berpendapat bahawa setiap ape yang diperkatakan atau dirasakan oleh manusia dapat dirasakan juga oleh air jika kita mengucapkannya terhadap air tersebut. maknanya macam air ni ade perasaan la (lebih kurang la kot macam 2).
kajian yang beliau lakukan macam ni....
beliau mendedahkan air tersebut kepada percakapan, gambar, atau musik dan kemudian beliau sejukkan air tersebut. selepas itu, air yang telah disejukkan tadi membentuk kristal yang cantik bergantung kepada ape ucapan baik yang telah diucapkan terhadap air tesebut. Manakala, ucapan yang buruk pula tidak membentuk kristal dan kelihatan tidak cantik..
Disini jelaslah sudah bahawa ape yang dijelaskan didalam agama kita itu betul. maksud aku macam ni.. kita disuruh membaca bismilah sebelum minum air supaya air yang kita minum itu adalah air yang baik untuk diri kita.
LIHAT..
ISLAM telah mengajar kita pasal hikmah pertuturan yang baik terhadap air sebelum dr.masaru membuat kajian lagi. sesungguhnya islam itu adalah agama yang benar.
JADI...
fikir-fikirkanlah
No comments:
Post a Comment