Thursday, June 25, 2009

Delayed sleep-phase syndrome (DSPS)


DSPS atau Sindrom Fasa Tidur Tertunda ialah sejenis gangguan masa tidur yang kronik. DSPS berlaku terhadap mereka yang mengalami masalah hanya boleh tidur pada lewat malam dam terjaga lambat pada keesokan paginya.

DSPS ialah sejenis gangguan tidur yang kronik. Mereka yang menghidap DSPS selalunya akan tertidur pada waktu-waktu yang sangat lewat dan juga mengalami masalah untuk bangun pada masa yang sepatutnya untuk pergi ke sekolah atau tempat kerja.

Selalunya, mereka yang menghidap DSPS mengadu yang mereka tidak boleh tidur sehinggalah awal pagi tetapi tidak seperti pesakit imsonia. Mereka ini akan tertidur pada waktu yang sama setiap malam tidak kira masa mereka cuba tidur melainkan jika mereka mempunyai gangguan tidur lain seperti apnea bersama dengan DSPS, pesakit boleh tidur dengan nyenyak dan mempunyai keperluan normal untuk tidur. Disebabkan inilah mereka mengalami masalah untuk bangun pagi walau sekuat manapun jam loceng berdering kerana mereka hanya tidur untuk beberapa jam sahaja.

DSPS selalunya bermula ketika zaman remaja atu awal zaman kanak-kanak dan kadangkala hilang dengan sendirinya ketika zaman pertengahan hingga lewat remaja. Pada kebiasaanya sindrom ini boleh dirawat tetapi tidak boleh disembuhkan. DSPS telah dikenalpasti oleh Dr. Elliot D.Weltzman dan ahli-ahli perubatannya, Montefiore Medical Centre pada tahun 1981. Ia adalah penyebab di sebalik 7-10% kes imsomnia kronik. Walaupun begitu, ramai lagi ramai yang tidak sedar akan kewujudan sindrom ini dan penghidapnya terus membiarkannya tanpa rawatan.



Jadi kepada pembaca yang membaca artikel ini periksalah diri anda samaada anda adalah salah seorang penghidap DSPS.. huhuhu :-p

No comments:

Post a Comment