Thursday, June 25, 2009

Khasiat Untuk Rambut

Air

Kandungan air di dalam rambut adalah 1/4 daripada berat setiap helaian rambut. Untuk memastikan kelembapan rambut terjaga, pastikan anda minum banyak air setiap hari (7-8 gelas sehari). perlu diingatkan, minumlah sedikit namun secara berterusan. Jangan tunggu sampai berasa haus. Apabila anda telah haus, ini bermakna tubuh sudah mula kehilangan cecair daripada jumlah ideal yang diperlukan. Air bukan sahaja berfungsi untuk mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi, namun ia juga membuatkan rambut lembut dan berkilau.

Protein
Protein dapat membuatkan setiap helaian rambut menjadi kuat. Oleh itu, makanan yang mengandungi protein seperti ikan, daging, susu keju atau telur amat disarankan. Ambil protein yang cukup juga akan mencegah hujung rambut daripada bercabang.

Mineral
Zat besi akan membantu mengangkut oksigen ke rambut. Kekurangan akan mengakibatkan rambut dan folikelnya kekurangan oksigen. Ini bermakna, akar rambut tidak dapat menyalurkan nutrisinya ke helaian rambut. Tingkatkan pengambilan zat besi dengan mengambil daging merah dan sayuran berwarna hijau tua. Zink pula mampu merangsang protein rambut yang berfungsi mencegah terjadinya kerosakan rambut. Daging dan makanan laut merupakan sumber zink yang paling baik.
Vitamin
Vitamin A bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala kerana pada asasnya vitamin ini amat baik untuk kesihatan kulit. Dapatkan vitamin A dari sayuran seperti lobak merah. Vitamin B dan C penting untuk melancarkan sistem peredaran darah, pertumbuhan rambut dan warna rambut. Kadar vitamin B yang cukup dalam tubuh akan terlihat daripada lembabnya rambut dan hujung rambut yang tidak pecah-pecah. Dapatkan kedua-dua vitamin dari buah-buahan, sayuran, bijiran, telur, susu dan roti.Vitamin A bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala kerana pada asasnya vitamin ini amat baik untuk kesihatan kulit.

I LuV My HaIr..

walaupun susah nak jaga kalau ada rambut yang panjang dan ikal macam ni terutamanya selepas bangun tidur namun kita haruslah menghargainya dan menjaganya baik-baik. sebab itulah i luv my hair.. huhuhu..

i like this type of hair cause this is how my hair looks like... (4 now)

No comments:

Post a Comment