Wednesday, June 24, 2009

Tidur Yang Berkualiti


mungkin ada sesetengah orang diantara kita mempunyai masalah tidur. aku sendiri melalui masalah ini terutamanya kalau cuti panjang. Waktu tu memang selalu la aku tidur lambat, kadang-kadang tu sampai pagi jugakla. Lepas sembahyang subuh baru tidur. biasala muda lagi kan.. tetapi tidur lambat ni ade kesan negatif jugak jadi kita perlulah mempunyai tidur yang berkualiti.




Disini ade sedikit tips untuk mendapatkan tidur yang berkualiti....




  1. Tidur apabila tiba masanya. Hentikan aktiviti hidup dan berikan peluang kepada badan untuk berehat.


  2. Beristirehat lebih awal pada malam hari. Usahakan untuk mengatasi perasaan resah jika ada masalah beberapa jam sebelum tidur.


  3. buat ritual tidur. Melakukan perkara yang sama sebelum tidur secara tidak langsung akan memberi signal kepada badan apabila tiba masa untuk lelap.


  4. Cubalah untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Dengan cara ini, dapat mengurangkan masalah susah untuk melelapkan mata atau terlewat bangun.


  5. Ciptakan tempat tidur yang memebuatkan anda rasa tenang. Tempat tidur yang terlalu kecil, keras atau lapuk boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan seterusnya menganggu tidur.


  6. Pastikan suasana di dalam bilik tidur sejuk, gelap dan bebas daripada bunyi bising yang boleh menganggu tidur.


  7. Lakukan sedikit kecergasan yang teratur pada siang hari kerana ia dapat meredakan ketegangan fikiran. Bagaimanapun, jangan melakukan aktiviti fizikal sebelum tidur kerana hal ini boleh menyukarkan anda untuk melelapkan mata.


  8. Jangan minum kafein sebelum tidur.


  9. Amalkan cara hidup sihat. Jauhi rokok.

No comments:

Post a Comment