- Minum 4 gelas air sebelum menggosok gigi.
- Bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum selama 45 minit.
- Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum.
- 15 minit selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam, jangan makan atau minum dalam tempoh 2 jam.
Friday, June 26, 2009
Minum Air Putih Ketika Perut Kosong
Khasiat Buah Pear
Daun Pandan Untuk Kesihatan Rambut
Menghitamkan Rambut
- Sediakan daun pandan sebanyak 7 helai, bersihkan dan potong kecil-kecil
- Rebus potongan daun tadi dengan seliter air sehingga ia menjadi hijau.
- Embunkan air rebusan tadi semalaman.
- Keesokanya, campurkan air rebusan tadi dengan 3 biji buah mengkudu masak.
- Gunakan air camuran tadi untuk mencuci rambut.
- Lakukan 3 kali seminggu untuk hasil terbaik.
Menghilangkan Kelemumur
- Sediakan daun pandan sebanyak 7 helai, bersihkan dan giling sehingga halus.
- Tambahkan 1/2 cawan air bersih ke atas daun pandan yang telah digiling.
- Perah daun pandan yang telah bercampur dengan air dan tapis.
- Sapukan air perahan daun pandan ini ke seluruh kulit kepala yang berkelemumur.
- Biarkan kering dan ulangi sekali jika perlu.
- Kira-kira 30 minit sehingga sejam kemudian, bilas rambut dengan air bersih.
- Lakukan setiap hari sehingga kulit kepala bebas dari kelemumur.
Thursday, June 25, 2009
Khasiat Untuk Rambut
Kandungan air di dalam rambut adalah 1/4 daripada berat setiap helaian rambut. Untuk memastikan kelembapan rambut terjaga, pastikan anda minum banyak air setiap hari (7-8 gelas sehari). perlu diingatkan, minumlah sedikit namun secara berterusan. Jangan tunggu sampai berasa haus. Apabila anda telah haus, ini bermakna tubuh sudah mula kehilangan cecair daripada jumlah ideal yang diperlukan. Air bukan sahaja berfungsi untuk mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi, namun ia juga membuatkan rambut lembut dan berkilau.
walaupun susah nak jaga kalau ada rambut yang panjang dan ikal macam ni terutamanya selepas bangun tidur namun kita haruslah menghargainya dan menjaganya baik-baik. sebab itulah i luv my hair.. huhuhu..
i like this type of hair cause this is how my hair looks like... (4 now)
Campuran Jus Yang Berkhasiat Tinggi
Hindari Lesu Selepas Bangun Tidur
- Bersihkan tubuh terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
- Hindari tidur lewat malam.
- Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah terjaga dari tidur dan sebelum beredar dari tempat tidur. Menggeliat juga merupakan langkah terbaik bagi menjana pengaliran darah di permulaan hari.
- Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan. Jangan mulakan sarapan dengan makanan berat kerana perut anda juga baru memulakan proses setelah rehat semalaman.
- Cubalah cuci muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam bagi membantu menghilangkan kesan 'eye bag'
BETIK
Delayed sleep-phase syndrome (DSPS)
Jadi kepada pembaca yang membaca artikel ini periksalah diri anda samaada anda adalah salah seorang penghidap DSPS.. huhuhu :-p
Wednesday, June 24, 2009
Tidur Yang Berkualiti
- Tidur apabila tiba masanya. Hentikan aktiviti hidup dan berikan peluang kepada badan untuk berehat.
- Beristirehat lebih awal pada malam hari. Usahakan untuk mengatasi perasaan resah jika ada masalah beberapa jam sebelum tidur.
- buat ritual tidur. Melakukan perkara yang sama sebelum tidur secara tidak langsung akan memberi signal kepada badan apabila tiba masa untuk lelap.
- Cubalah untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Dengan cara ini, dapat mengurangkan masalah susah untuk melelapkan mata atau terlewat bangun.
- Ciptakan tempat tidur yang memebuatkan anda rasa tenang. Tempat tidur yang terlalu kecil, keras atau lapuk boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan seterusnya menganggu tidur.
- Pastikan suasana di dalam bilik tidur sejuk, gelap dan bebas daripada bunyi bising yang boleh menganggu tidur.
- Lakukan sedikit kecergasan yang teratur pada siang hari kerana ia dapat meredakan ketegangan fikiran. Bagaimanapun, jangan melakukan aktiviti fizikal sebelum tidur kerana hal ini boleh menyukarkan anda untuk melelapkan mata.
- Jangan minum kafein sebelum tidur.
- Amalkan cara hidup sihat. Jauhi rokok.
Eating in Moderation
- Plan your weekly menu so that you have 2 days of meat, 2 days of fish, 2 days of egg, tofu or other vegetarian dishes, and perhaps leave one day to satisfy your cravings.
- visualise your dinner plate as divided into quarters. Half the plate should be filled with lower calorie food. For example, vegetables, salad or fruit. One-quater should be for meat or other proteins and the remaining quater for carbohdrates such as rise, potatoes, noodle, pasta or bread.
Air (water)
Jumlah air yang tepat sebenarnya bergantung kepada tahap aktiviti, suhu, kelembapan dan faktor-faktor lain. Kebiasaannya badan akan memberi isyarat yang ia memerlukan air melalui rasa dahaga yang timbul. Walaupun begitu, ramai yang membuat kesilapan ketika bersenam dengan meminum terlalu banyak air, dan ini meninggikan risiko mereka mengalami intoksikasi air yang boleh membawa maut.
cakap pasal air ni teringat pula pada satu artikal yang pernah aku baca dulu..
artikal ini menceritakan satu kajian yang pernah dilakukan oleh Dr.Masaru Emoto,seorang penkaji yang mengkaji air (message from water). Artikal ini bagi aku cukup menarik..
aku cerita la sikit..
setakat yang aku tau jela yeah..
dr. masaru berpendapat bahawa setiap ape yang diperkatakan atau dirasakan oleh manusia dapat dirasakan juga oleh air jika kita mengucapkannya terhadap air tersebut. maknanya macam air ni ade perasaan la (lebih kurang la kot macam 2).
kajian yang beliau lakukan macam ni....
beliau mendedahkan air tersebut kepada percakapan, gambar, atau musik dan kemudian beliau sejukkan air tersebut. selepas itu, air yang telah disejukkan tadi membentuk kristal yang cantik bergantung kepada ape ucapan baik yang telah diucapkan terhadap air tesebut. Manakala, ucapan yang buruk pula tidak membentuk kristal dan kelihatan tidak cantik..
Disini jelaslah sudah bahawa ape yang dijelaskan didalam agama kita itu betul. maksud aku macam ni.. kita disuruh membaca bismilah sebelum minum air supaya air yang kita minum itu adalah air yang baik untuk diri kita.
ISLAM telah mengajar kita pasal hikmah pertuturan yang baik terhadap air sebelum dr.masaru membuat kajian lagi. sesungguhnya islam itu adalah agama yang benar.
JADI...
fikir-fikirkanlah
Tuesday, June 23, 2009
arghhhhhhhhhhh.... stress!!!!!!
Semua orang ade tekanan. Tak semua tekanan itu adalah negatif tetapi ramai yang berpendapat tekanan itu lebih bersifat negatif.
Ade sesetengah tekanan yang boleh membina jati diri kita supaya menjadi lebih baik. Jadi terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk menangani tekanan yang mereka hadapi dan juga untuk mengklasifikasikan (betul ke aku eja ni.. huhu) ape tekanan yg mereka hadapi samaada positif ataupun negatif.
sudah pastilah tekanan yang berbentuk negatif perlu kita hindari...
JADI....
disini aku ade beberapa cara yang mungkin boleh membantu saudara saudari menangani tekanan...
- Hindari persekitaran yang memberikan tekanan kepada kamu.
- Jaga badan dengan mengambil makanan seimbang dan rehat secukupnye.
- bersenam
- bertenang
- urutan
- Pertimbangan tekanan dari sudut positif.
- Bincangkan masalah yang dihadapi dengan rakan yang dipercayai atau pakar psikiatri.
- Anggap tekanan sebagai cabaran yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan kerjaya.
KACANG BUNCIS
KACANG BUNCIS boleh MENGURUSKAN BADAN...
haaaaaa!!!!!!
BETUL KE?????
betul la tu.....
macam ni........................
Kacang buncis atau name saintifiknye Phaseolus vulganis mengandungi pelbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan lain sekeluarga dengannya
- Sayur ini kaya dengan protein dan vitamin.
- membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghadapi kencing manis atau darah tinggi.
- Bagi mereka yang khuatir berat badan yang keterlaluan, kacang buncis dapat membantu. Kacang buncis mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
DAUN KARI
RAHSIA KUBIS
'KUBIS'
- mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan.
- berupaya mengubati ulser dan barah serta masalah-masalah lain di usus
- kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potassium, dan vitamin A, B-kompleks dan C. Dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati.
- Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluaran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan manusia. Amalan memakan kubis dapat menghalang caranogen daripada menjadi sel-sel darah. Selain itu, asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol, meredakan saraf dan menenangkan fikiran, sekali gus membantu seseorang itu tidur dengan selesa.
ini saja yang aku tau... mungkin ade lagi yang tidak dicatatkan di sini.. klu ade ape-ape penambahan aku akan maklumkan kemudian..